Monday, 27 November 2017

Bab 1: Manusia Baru

Lagi berapa bulan aku bakal menamatkan zaman diploma aku. Ya! sekarang aku adalah budak praktikal di salah sebuah syarikat yang diberi nama mobile book cafe. Jarak office aku dengan rumah aku agak jauh walaupun dalam satu negeri tapi daerah yang berbeza. Aku tinggal di daerah puchong manakala office aku di kajang.

Jauh kan?!!

Penat kalau nak ulang-alik rumah ke office everyday. Motor, kereta semua ada kat rumah but i can't driving guys!!

So i decided untuk naik ktm dari putrajaya sampai kajang everyday. Tapi ibu dan ayah tak yakin yang aku boleh bertahan selama 5 bulan untuk ulang alik putrajaya - kajang setiap hari. Mereka selalu suruh aku untuk cuba berdikari, tapi mereka sendiri tak yakin dengan aku. Come on lah! aku dah besar kot, dah 20 tahun dah ok. Tinggal nak tunggu orang datang masuk meminang je ni hahaha.

Okay sorry dah merapu teruk dah bila sampai bab kawin. Banyak lagi benda nak kena fikir haih atul atul enough with your dream not come true tu 😃

Tapi aku bersyukur sangat sebab aku sama tempat praktikal dengan sorang classmate aku ni "Ain Natasha". Ain bagi cadangan untuk kitorang sewa bilik dekat dengan kawasan office tempat praktikal tu. Sampai lah kitorang jumpa dengan sorang penyewa rumah ni, nama dia cikmah. 

Alhamdulillah. Syukur aku lagi sekali dengan perancangan Dia.
Dia Maha Pengatur segalanya cuma kita sebagai orang islam jangan putus asa untuk berusah, insha Allah ada jalan yang Dia akan buka kan. 

Rumah sewa aku berdekatan dengan rumah cikmat (ceo dekat syarikat yang aku praktikal). Cikmah pon selalu datang rumah cikmat untuk bersembang antara jiran jiran. So, aku dengan ain takda lah rasa risau sangat sbb dikelilingi dengan manusia yang aku kenal. Jarak rumah sewa aku dengan syarikat jauh juga tapi masih boleh jalan kaki. Masa untuk sampai ke office bila jalan kaki adalah dalam 15 minit. Kalau naik kereta dalam 5 minit je hahaha so korang pandai lah fikir jarak tu jauh atau tak 😃😃

Budak praktikal cikmat ada 4 orang and you know what, semua perempuan hahaha tapi ada lah 2 orang kuat cikmat (lelaki). Budak praktikal pertama cikmat ialah azreen, dia dah mula dalam bulan 10 haritu. Aku, ain dan dayah yang baru start praktikal bulan ni. Tak perlukan masa yang lama untuk gelak dengan dorang hahahaha gelak gila gila macam dah kenal lama. Dorang pon jenis yang suka gelak, macam aku so takda lah kekok sangat nak lepak dengan dorang. Gelak dorang pon sumpah ikhlas aku cakap 😂😂
Banyang kan lah, hari pertama pon dah boleh gelak sampai keluar air mata hahahaa alhamdulillah tak stress macam dalam kelas.

So, harini adalah hari kedua aku praktikal. Cuma ada aku, ain, azreen and dayah je dalam office ni. Cikmat dan dua orang lelaki tu, tak tahu pergi mana cuma yang aku tahu dorang ada kerja dekat luar.

emmm... aku tahu setiap perkenalan pasti akan ada perpisahan dan aku tak tahu aku akan bersedia atau tak dengan perpisahan kelak.


1 comment: