Wednesday, 29 November 2017

Bab 2: Langit Tanpa Awan

Dah 2 hari hujan berturut-turut. Baju aku tak kering kering lagi, padahal dah jemur malam semalam dah sekali dengan baju ain. Haih stress aku kalau fikir pasal baju ni. Pagi, bila time nak pergi kerja aku mesti tengok langit dulu. Kalau cerah je, aku tak angkat lah kain tu masuk dalam. So aku dengan yakin nya pergi kerja dengan biarkan je baju tu tersidai kat luar, tapi dalam hati hanya mampu berharap yang baju tu akan kering.

Hari- hari hujan, langit sayu je em macam hati ni. Aku dah mula rasa rindu dengan omelan ibu, perhatian ayah.. Tak sabar nak hari sabtu!
Tapi sebelum datang nya hari sabtu, kena lah datang ofis untuk laksanakan tanggungjawab aku as a student practical. 

Pagi tadi, haji kamarulzaman ambik kitorang lambat sikit dari semalam tapi nasib baik sempat sampai ofis sebelum pukul 9. Nasib baik juga lah ain call haji tu, supaya ambik kitorang. Kesian pula aku tengok dia sebab susah-susah bekejar jemput kitorang sedangkan dengan umur dia yang makin dimamah usia tu, dia patut rehat dekat rumah, main dengan cucu cucu dia. Tapi takpa lah, sebab kita dah bayar kan and dia pon dah setuju so buatlah tanggungjawab masing masing. kan kan?? hehe

Eh jap! aku lupa nak bagitau siapa haji kamarulzaman tu. hahaha sorry sorry.
Okay, Haji Kamarulzaman tu driver kitorang. Cewah macam kejam pula panggil driver kan? 😡
Tapi kitorang memang minta tolong dia untuk hantar and jemput kitorang pergi dan balik dari ofis. Aku dan ain bayar dia rm100 sebulan, so sorang rm50 lah. 

Pehhh! sewa bilik aku rm100, driver pula rm50. Sebulan kena spend rm150 beb! hahaha its okay lah em 5 bulan je. Sabar sikit je lagi wahai puteri ayah dan ibu. Tak salah kot kita melabur sikit untuk kejayaan kelak tapi moga-moga Allah redha dengan setiap kerja yang kita lakukan. Ibu ada pesan, takda harta yang banyak untuk ayah dan ibu wariskan pada aku kecuali ilmu. Syahdu rasa hati ni, bila ayat tu keluar dari mulut ibu. 

Ya Allah.. Kau panjangkan usia ayah dan ibu ku lebih panjang dari usia ku, sebab aku tak sanggup nak tengok mereka pergi buat selama-lamanya. Aamiin....

Okay lah, so harini aku dengan ain, azreen dan dayah masih mengemas buku untuk harini sebab kitorang nak kasi clear data buku yang berterabur and susah nak cari tu supaya nampak lebih kemas. Alhamdulillah banyak rak yang dah settle, tinggal lagi beberapa rak je and kitorang decided untuk settle kan esok. 

bye! assalamualaikum 😌





1 comment: