Wednesday, 20 December 2017

Bab 10: Si Penjual Buku

13/12/2017 telah datang seorang hamba Allah ke mbc. Beliau dikenali dengan nama cik halim. Dia ada nama thai, tapi aku lupa apa namanya. Dia telah survive diri dia dan keluarga dengan hanya menjual buku. Tapi sebelum dia dikenali sebagai penjual buku-buku terpakai, beliau bekerja sebagai engineer. Bagi aku dia bukan orang biasa biasa juga. Dia ada kelebihan yang jarang ada pada orang lain.

Aku mengaku, dan aku suara bagi anak muda yg lain. Aku tahu ramai anak muda yg teringin nak buat business tapi tak tahu mcm mana nak mulakan perniagaan tu. Nak jual apa? mcm mana nak bagi orang ramai tahu tentang produk yang kita jual tu? Yes, i feel you bro! hahaha sebab aku pon pernah ada angan angan nak buat business sendiri tapi tak tahu nak start mcm mana, nak jual apa, nak jual untuk siapa, nak mula dari mana, mana nak cari pembekal tu semua. erghhh! end up benda tu cuma tinggal angan angan. Lagipon, aku takda darah business so memang aku totally zero bab business ni.

Tapi, bila dengar talk cik halim semalam. Dia ada cakap first dia menjual buku tak guna modal langsung. Buku yang dia jual tu, adalah buku buku yang dah ada dekat rumah dia. No wonder lah kan kalau orang dah minat membaca, sahabat baiknya adalah buku. So tak hairan lah kalau cik halim ni sampai sekarang masih bertahan menjual buku.

Dari segi pandangan aku lah kan, beliau ni seorang yang sangat positif dalam banyak hal. Tenang dalam semua perkara. Bayang kan lah, dia boleh menjual buku yang banyak tu dengan berseorang diri. Pergi post buku, promote buku dekat facebook, menjual buku dekat sekolah sekolah semua sendiri. Dia takda pekerja atau rakan kongsi langsung untuk bantu dia menjual buku. Steady je kan??

Tapi.... income dia, pehhh masyuk beb. Bagi kita masyuk lah sebab yelah, bayang kan eh sebulan dia boleh 5 angka untuk penjualan online sahaja. Tu tak termasuk dia keluar menjual dekat sekolah sekolah, ipt ipt, pejabat and banyak tempat lagi lah. Pendapatan dia bersih dari menjual buku sahaja takda kerja lain dia buat.

Kalau nak bandingkan kerja dia yang dulu sebagai engineer, pendapatan yang dia dapat sekarang takda lah sebyak dulu. Tapi beliau cakap, beliau lebih tenang dengan kerja yang dilakukan sekarang berbanding kerja dulu yang asyik asyik masuk dan keluar hospital je.

Bila aku dengar cerita dia, aku fikir "kerja" tu tak semestinya kena tengok nilai gaji yang kita peroleh. Tapi kebahagiaan kita, ketenangan kita, kesihatan kita. Jangan terlampau mengejarkan kekayaan, kau sanggup korbankan minat, kesihatan, kebahagiaan dan lain lain lah. Bagi aku, bila kita senang dengan sesuatu pekerjaan yang kita buat tu insha Allah hasilnya akan jadi perkara yang kita tak sangka sangka.

No comments:

Post a Comment