Wednesday, 20 December 2017

Bab 11: Dorian Gray

"Seorang lelaki yang mempunyai rupa paras begitu tampan. Beliau juga seorang pelukis yang hebat. Tetapi beliau tidak puas hati dengan hasil lukisan wajah nya sendiri kerana dia melihat hasil lukisan wajahnya lebih cantik dari wajah sebenarnya."

Tulah sedikit sebanyak sinopsis yang aku boleh cerita sebab hakikatnya hanya itu yang aku tahu cerita dari novel terkenal ni "lukisan dorian gray". Jujur, aku teringin sangat nak banyak kisah mistik and penuh misteri ni. Daripada aku tahu kewujudan novel ni?

Hmm.. dari seorang hamba Allah yang aku kenal dekat instagram. Hamba Allah ni dm aku, suruh aku baca kisah lukisan dorian gray ni. Aku pelik kenapa dia dm aku and kenapa aku yang kena baca buku tu? hahaha lepas tu dia cakap, sebab aku penggemar novel.

Silap besar siapa yang cakap aku ni kaki novel. Jujur! aku tak suka baca novel tapi aku suka membaca. Buku buku yang aku baca, kebanyakannya bukan novel cinta. Novel cinta aku tak reti nak baca sebab semua jalan cerita novel melayu seakan sama. Bosan...

Aku teringin sangat nak baca buku lukisan dorian gray tu. Hm pergi store cik halim pon, aku tanya buku tu dia kata takda. Store cik alim tu kira banyak buku buku rare, tapi takda pon. Aku dah berangan dalam kereta masa otw nak g store cik alim dekat puchong.

Belum ada jodoh maybe nak jumpa buku tu. Its okay, one day mana tahu aku dengan buku lukisan dorian gray tu bakal dipertemukan? hahaha siapa tahu, ye dok?

Tadaaa.... ni lah buku nya. Buku ni dah diadaptasi dalam bahasa melayu.

No comments:

Post a Comment