Friday, 22 December 2017

Bab 12: Bakal Melabuhkan Tirai

Pungpang pungpang!!
Lagi berapa hari je tahun 2017 ni bakal melabuhkan tirainya. Em terfikir juga aku, apa lah dosa pertama yang bakal aku lakukan hahaha. Harap harap dosa kecil je lah kan hehe astaghfirullahalzim 😁

But its normal what.. Manusia mana yang takda dosa even dosa kecil? Cuma dalam kehidupan seharian kita, jangan miss istighfar sebab kita tak sempurna. Kadang kita lupa apa silap yang kita buat seharian sampai hilang redha Dia. Okay lah aku pon bukannya nak bertazkirah panjang sebab aku bukannya ustazah. Sekadar ingat memperingati sahaja. Sama sama lah kita audit diri kita ni dan sentiasa muhasabah diri.

Okay lah, pagi sabtu yang sunyi di ofis. Cuma ada aku, ain dan dayah. Reen tak masuk kerja harini sebab dia cuti balik kampung. Faiz and abang hanis pula ada bengkel komik kot em kalau tak silap. Boss pula, tak masuk ofis maybe tapi tak tahu lah kalau nanti dia masuk ke. Boss kan... apa ada hal, nak datang ofis ke tak nak datang ofis ke sebab dia boss. Tapi elok lah kalau hujung hujung minggu ni dia spend time dengan family.

Aku pon nnti pukul 1pm nak balik puchong juga sebab yelah hujung minggu lepak dengan family lah pula. Lagipon hari isnin ni cuti krismas so lama sikit lah cuti. Dapat lah makan masakan ibu yay! ayam masak lemak cili api, one of my fav order bila aku balik rumah! em yummy...

Nasuha (adik) pon ada kat rumah em lengkap lah semua, alhamdulillah. Mesti ibu dengan ayah rindu rumah lengkap dengan anak anak diorang. Allah.. rindunya rasa nak zaman kecik kecik dulu. Masing masing tak berjauhan lagi, tak sibuk dengan jadual seharian masing masing. Tapi nak buat mcm mana, lumrah kehidupan. Setiap orang akan mengalami fasa fasa yang membuatkan kita rindu dengan zaman silam.

Aku rasa takda apa dah kot nak story sebab harini macam hambar sikit dekat ofis, plus dengan ain and dayah tak berapa sihat pula. Masing masing senyap so aku pon senyap juga lah update blog ni. Dorang tak tahu ke aku perlu gelak? hahaha sehari kalau tak gelap, rasa macam tak lengkap hidup aku. 😄

Tapi takpa lah, aku boleh cari penyebab untuk aku gelak sendiri hahaha. Syafakillah buat dua orang ofis mate aku ni. Sabar ok... sakit tu penghapus dosa. Baik sangka dengan Sang Pencipta Jasad ini. Sesungguhnya Dia bagi kita ujian sakit (demam, selsema, batuk) untuk hapuskan dosa kita. Selepas itu, dia tarik semula ujian sakit itu dan Dia beri kesihatan tapi Dia tak pulangkan balik pon dosa kita yang dia tarik tu. Sayang nya Dia pada kita hambaNya. Walluhua'alam sekadar memperingati diri sendiri juga.




No comments:

Post a Comment