Wednesday, 27 December 2017

Bab 13: Kosong

Aku yakin dan percaya, setiap dari kita pernah rasa kosong. Rasa yang kadang kadang tu entah dari mana dia datang. Kita gelak ketawa dengan member member sekeliling tapi rasa kosong tu still dapat kita rasa. Tambah lagi bila duduk sorang sorang, takda insan lain pon disisi kita saat tu.

Rasa kosong tu merimaskan, bukan?

Percaya lah, hati kau sedang di sentuh oleh Sang Pencipta Roh. Rasa kosong yang kau rasa tu bukan rasa kosong biasa. Bukan rasa kosong sebab kau bosan, kau kesunyian tapi rasa kosong itu adalah "rasa yang terbeban dengan dosa yang kau lakukan sebelum ni. Sebab tu rasanya tak menenangkan." Sebenarnya aku dah lama nak share ayat tu. Ayat yang mungkin boleh menyentuh hati seseorang macam mana hati aku disentuh.

Untung kalau Allah masih sentuh hati kita...

Dalam dunia ni, manusia lebih takut dinilai dari orang lain berbanding Allah yang menilai mereka. Jangan takut jika kita tidak mendapat perhatian dari makhluk yang bernama manusia, tapi takut lah bila Allah tak lagi memberikan perhatian dan hidayah Nya pada kau. Haaa nauzubillah! hangpa semua pilih mana? 

Aku ni takda lah baik mana tapi, aku cuma nak share apa yang pernah aku rasa bila jumpa ayat ayat yang menyentuh jiwa dan raga ni. Saja tulis blog macam ni sebab ini je idea yang ada dalam kepala aku buat masa sekarang. Lagipon kerja tak banyak sangat kat ofis ni. Ada kerja tu tapi masih boleh curi curi update blog lagi.

Okay, gerak lu..

bye!


No comments:

Post a Comment