Tuesday, 5 December 2017

Bab 4: Berjinak dalam business

Assalamualaikum...
emm dah lama tak ambil angin malam mcm ni. Dulu kalau kat poli lepas balik solat isyak mesti tak pernah miss pandang langit. Kadang nampak encik bulan, bintang yang berterabur mcm serpihan kaca yang tergantung indah tu, langit pula hitam pekat. Haih rindu pula nak rasa suasana kat mersing.

sekejap je masa berlalu. Rasa mcm baru semalam aku call syarikat tomodachi sdn. bhd untuk jadi student praktikal dorang tapi pungpang pungpang dah hari kedua  dalam minggu yang kedua, aku berkhidmat di syarikat ni (takda lah berkhidmat sgt pon, tak membantu apa apa lagi. Orang kata tak masuk gear lagi hahahaha) Tapi insha Allah jika diberi kepercayaan dan tunjuk ajar, aku akan berusaha berbakti apa yg termampu di company ni. Yelah, at least one day bila kita tinggalkan tempat ni, ada lah benda yang boleh buat mereka ingat dekat kita. Ada lah bakti atau moment moment indah yang kita tinggal kan dekat mereka.

Harini mcm biasa juga pergi dan balik kerja aku. Pagi pukul 830 tuan haji tu dah menanti 2 gadis yang sedang mekar di kawasan taman bukit kajang ni hahaha untuk di hantar ke ofis. Masuk kerja pukul 9 tapi biasalah tuan haji tu, suka datang awal awal. Aku rasa mungkin lah dia dah terbiasa dgn jadual cekap, pantas, tepat sebagai seorang bekas askar.

Tapi, yeke dia bekas askar? hahaha aku main ckp je haih. Sebab haritu aku dengar siapa entah, cikmat ke cikmah yg ckp haji kamarulzaman tu bekas askar. Askar ke tentera ke em tak tahu lah aku yg penting dia memang seorang yang pantas. Kadang tu pukul 810 dah ada depan rumah dah haih aku hanya mampu tepuk dahi je hahaha tapi bagus lah semangat pagi dia. Semoga dia terus dikurniakan kesihatan yg baik, aamiin....

Harini juga alhamdulillah sebab ada hamba Allah tu belanja kitorang satu ofis burger mcD hahaha baru masuk gaji lah tu. Niat aku mula mula saje nak bergurau dgn faiz tu supaya belanja kitorang semua mcD hahaha penyudah sampai ofis, dia betul betul belikan guys. Tak tahu lah dia tu lurus atau memang niat nak belanja kitorang tapi bagus juga lah dia tu. Niat dia yang asal sebenarnya nak belanja reen je hahaha tapi maybe dia rasa takkan lah reen sorang je kan.. so nak taknak dia belanja lah semua hahaha nntah lah, wallahu'alam....

Tapi harini agak jimat juga lah sbb malam ni cikmah pula bungkus kan makanan dari kedai anak dia tu utk kitorang isi perut belah malam hari. Alhamdulillah rezeki lagi. Syukur nikmat!

And alhamdulillah juga, harini aku dapat buat sales! 4 buah buku aku dapat jual harini. Em berkat doa ibu ayah and kawan kawan tempat kerja juga yg ajar aku cara cara nak buat sales ni. Harini aku baru tahu ilmu ilmu berniaga hahaha kesian kan aku. Bukan apa, kadang tak sampai hati nak jual mahal mahal sbb takut dorang tak boleh beli, sedang kan keinginan mereka untuk memiliki buku tu tinggi. Takut nak hampakan impian dan harapan mereka. Haih patutlah susah aku nak buat business. Sebab terlampau kesian kan dekat orang. *tepuk dahi*

Takpa atul! usaha lagi and banyak kan lagi belajar selok belok business ni. Sebab kerja berniaga sendiri ni kan sunnah Rasulullah. Sebab apa buat business sendiri lebih baik dari kerja bawah orang?

Sebab....

Rezeki kita bila berniaga sendiri ni, kita banyak bergantung pada DIA sang pemberi rezeki. Dia suka sgt kalau hamba-Nya sentiasa meminta, mengadu pada DIA. Tapi jika kita kerja makan gaji, kita kurang bergantung harap dengan Nya. Kerana setiap bulan gaji kita akan masuk dengan amount yang sama dan tetap. Betul tak? kalau kita renung balik, ada betul nya juga kan?

Okay lah, dah lewat malam aku dekat balcony ni. Sampai sini je kott penulisan aku hahaha ada masa aku update lagi. bye!


No comments:

Post a Comment