Tuesday, 5 December 2017

Bab 5: Rasa Rindu

Selamat pagi rakyat malaysia! Mulakan hari anda dengan senyuman dan sentiasa bersikap positif. Hari ni aku datang kerja mcm biasa juga tapi harini sampai je ofis semua orang takda. Tak tahu lah semua orang pergi mana. Yang ada cuma dayah je sebab dia baru masuk 8.30 pagi. Aku dengan ain waktu masuk ofis pukul 9 pagi tapi mcm biasa lah haji kamarulzaman tu ambik kitorang awal.

Hari ni tak ada apa sangat kerja. Macam biasa lah promote buku buku dekat group ws, page fb dan yang lain lain lah. Lepas tu mcm biasa kerja aku, buat posting untuk page mbc. Sedia kan beberapa poster untuk post hari hari.

Sekarang pon dah pukul 12 tengahari dah. Dah nak time untuk lunch tapi sempat lah aku update blog ni kejap. Lagipon tak lapar sangat sebab baru makan roti bakar, reen buat tadi. Kamsahamida reen! hahaha

Aku baru lepas tengok budak kecik yang nyanyi lagu untuk ibu dia dekat youtube. Sambil sambil aku promote buku kat page and group ws, aku layan ah youtube jap. Ya Allah tetiba aku sebak pula tengok budak tu. Mak ayah dia dah meninggal pastu dia nyanyi lagu tu sebab dia rindu sangat dekat mak and ayah dia.

Dah lah aku ni pon, tengah dalam mood rindu juga em mahu tak meleleh. Aku rindu ayah dengan ibu. Tapi bila balik rumah, aku tak pernah nak luahkan even ws dorang ke hahaha segan. Tapi dorang tahu bila time aku rindu. Kadang sampai demam hahaha tu dah tahap dewa abadi rindu aku. Tak boleh bawa bincang dah.




Kalau aku rindu pada dua sosok yang makin di mamah usia itu. Aku suka dengar lagu ni. Sebab lagu ni mcm isi hati aku pada saat dan detik aku rindu dorang. Aku rasa mcm aku seolah olah sedang mengadu dekat mereka berdua tentang kerinduan ni.

Selagi mereka masih ada, sayangi dan hargai lah mereka. Sesungguhnya mereka tiada ganti. Redha Allah juga terletak pada redha mereka. Apa matlamat kita di dunia ni kalau bukan mendapat redha-Nya.Okay lah nak lunch dah. Nanti bila i sambung update blog lagi ok? *kelip kelip mata hehehe

Rindu ikhlas dari anakanda mu.....

No comments:

Post a Comment