Monday, 11 December 2017

Bab 7: PABUBA

Assalamualaikum.. Pa habaq semua? 
Ceq habaq baik hahaha walaupun ceq tau takda org tanya khabar ceq pon, tapi lantak pi lah ceq nak bagitau juga yg ceq baik baik saja. (loghat kedah)

Atul orang kedah ke? hahaha no lah. Aku lahir dekat kuantan, pahang. Dibesarkan di puchong, selangor. Ayah aku orang parit 7 teluk intan, perak. Manakala ibu aku orang terengganu. Jadi... dari mana datangnya loghat kedah tadi? hahaha honestly aku memang suka speaking kedah, tak tau pasai pa tapi bila guna loghat kedah tu mcm sempoi ja bunyi dia. Walhal aku suka loghat terengganu lebih dari aku suka loghat kedah, tapi memandangkan aku tak reti berdialek terengganu and bila aku ckp tu sebutan yg keluar akan terdengar buruk dan pelik. So aku taknak lah jadi perosak loghat orang terengganu. Cewah... 😃

Haih enough mengarut atul..

Yang sebenarnya aku nak story pasal 3hari lepas, dimana aku dan 3 lagi gadis mbc telah pergi ke PABUBA. Apa tu PABUBA? 

PABUBA tu adalah sejenis tarian yang berasal dari italiano. Syaratnya ialah mesti partner 2 orang sahaja. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih dari 2 orang. Dan percaya lah yang korang kena tipu hahaha okay k! kali ni aku serious.

PABUBA tu ialah Pasar Buku Bangi yang bertempat di perpustakaan daerah bangi. Haaa mbc di jemput untuk memeriahkan lagi jualan buku di PABUBA ni. Aku, ain and dayah first time join aktiviti di luar ofis ni. Tapi azreen aku tak sure sbb dia intern pertama antara kitorang berempat ni. Maybe dia pernah join aktiviti luar sebelum ni.

Aku ditugaskan untuk pakai maskot hahaha and ini adalah pengalaman pertama aku pakai pakaian animasi yang popular di kalangan kanak-kanak ni. Aku tak rasa malu and kelakar bila sarung pakaian animasi ni, malah aku rasa lagi bangga sebab dapat melabarkan senyuman kanak-kanak and ibu bapa di sana. Even mereka tak tahu orang yg menyarungkan pakaian animasi ni, adalah orang yg tak berupa mcm aku 😂

Sometime, kita tak perlukan rupa paras yang cantik untuk membahagiakan orang lain. Jika rupa paras kita cantik dan mampu memikat setiap mata yang memandang, bagi aku itu cuma bonus. Cantik, lawa, handsome itu adalah subjektif. Objektif nya ialah hati. Pucuk pangkal nya semua bermula dari hati. Am i right? 

Tapi zaman sekarang, tak ramai yang pandang pada objektif. Semua mencari subjektif nya semata mata. Betul kan...?

Jika aku silap, aku berani potong jari. 

Masa kami di PABUBA, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar tapi jualan agak kurang memuaskan sikit sebab tak ramai yang berkunjung di tapak buku kami. Mungkin kurang tarikan and ada yang perlu kami tingkatkan di masa akan datang. Insha Allah..
Tapi masa keberadaan aku di PABUBA, aku dapat beli satu buku puisi yang beharga cuma rm5 je guys! alhamdulillah jumpa jodoh di PABUBA hahaha nnti aku share buku apa yang aku beli.

Kami balik awal sebab ramai yang nak balik kampung. Almaklumlah hari sabtu kan, and hari isnin pula cuti sebab hari keputeraan sultan selangor. So cikmat bagi tutup kedai awal. Then kitorang pon pergi makan dekat satu restaurant ni and aku tak tahu apa nama kedainya but yang pasti ramai gila manusia datang situ untuk melunaskan fitrah sebagai manusia iaitu "MAKAN". Cikmat belanja time ni, em semoga cikmat dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan selalu. Aamiin ya rabbal a'lamin..

Lepastu settle makan, kami pon pulang ke ofis dengan kekenyangan sambil menunggu waktu pulang..



4 gadis mbc di PABUBA. Dalam maskot dora tu azreen hahaha aku pakai maskot diego 😃



Okay, ni lah buku yang aku ckp aku dapat di PABUBA harga rm5 tu. Nice kan? hahaha


- The End -

No comments:

Post a Comment