Monday, 11 December 2017

Bab 8: Masa

Cikmat kata dia rindu nak baca blog staf staf dia, jadi ada masa sikit ni aku rajinkan lah diri untuk update blog. Aku rasa mcm baru aku update blog hari jumaat haritu, takkan dah rindu kot? hahaha tapi aku tak tahu actually nak story apa.

Cakap pasal cikmat, ya Allah aku baru teringat pasal buku tebal yg cikmat bagi hari jumaat lepas. Dia suruh aku baca and then buat rumusan tapi sampai harini aku tak buka lagi. Masa diberi 2 minggu, buku tebal mengalahkan report fyp aku hahaha satu cabaran untuk aku ni. Fully english pula tu buku nya, aku ni dah lah kurang bahasa antarabangsa ni. Takpa lah, cuba je dulu at least kita tahu kemampuan and kekurangan kita apa.

Sebab cuti minggu lepas, aku rasa mcm tak cuti. Penat di ya Rabbi, tak dapat aku nak jelaskan dengan kata kata hahaha cewah beria lah aku ni. Tak.. lepas balik dari PABUBA sabtu lepas, ibu dengan ayah terus datang jemput aku untuk balik kampung sama sama. Ikutkan aku, aku taknak ikut tapi nnti aku duduk sorang lah dekat rumah. Kenapa tak duduk rumah sewa?

Sebab, ain balik rumah minggu lepas. Takkan aku nak duduk sorang dekat rumah sewa untuk dua malam? Memang ayah tak bagi lah cerita dia. So nak taknak aku kena balik kampung juga ikut ibu ayah.

Sampai kampung, kemaman dalam pukul 10. Actually, takda lah jauh mana dalam 4-5 jam je tapi masa nak balik tu ibu ada nak jumpa orang kejap sebab ambil barang orang kirim untuk hantar balik kampung. So satu jalan je, ibu tolong lah bawa kan barang tu balik kampung sekali.

Esoknya, hari ahad pakcik pakcik aku semua g ambik ikan hasil dari tahan pukat dekat kolam arwah tokki. Memang banyak lah ikan nya so apa lagi, makcik makcik aku semua merewang lah untuk makan tengahari. Tak terkecuali aku 😔 baru ingat nak rehat tapi normal lah kalau balik kampung, mana ada peluang nak rehat rehat dalam bilik. Memang kena bebel dengan ayah long aku hahahaha. Lagi lagi aku cucu first wan, memang kena tunjuk contoh yang molek molek lah. Tapi untung juga jadi cucu first, cucu emas wan hahaha.

But kadang tu bosan juga lah sebab dia asyik ckp "cucu dah ramai, cicik tak dok lagi". Aku paling tak suka dengar ayat tu keluar dari mulut dia. Lately ni kerap sangat ckp mcm tu. Aku jadi serba salah sebab dia selalu rasa takut kalau dia tak sempat tengok aku ada keluarga aku sendiri. Masa arwah tokki meninggal haritu, mata dia tak tutup rapat. Ibu ckp ada benda yg tak sempat arwah nak tengok. Maksudnya, ada perkara yang dia nak tu tak sempat dia tengok. Tapi wallah'alam aku tak percaya sangat benda mcm tu.

Aku cuma mampu berdoa supaya Allah panjangkan usia wan sampai dia dapat tengok aku konvo, ada kerjaya sendiri, dapat bawa dia pergi umrah dan haji lagi, bawa dia duduk rumah aku sendiri, naik kereta aku, and dapat main dengan cicit dia. Insha Allah..

Tapi ajal maut tu ditangan Dia. Kalau dah sampai masa, aku cuma harap dia dalam keadaan yang dah bersedia.

Hari isnin, aku and family aku gerak balik lepas zohor. Selesai mak aku masak semua, and kitorang makan tengahari sama sama then kitorang terus gerak balik. Aku balik kajang lah, tak ikut mak ayah aku balik puchong sebab selasa aku dah kerja. Pappp!! (dapat ws dari ain)

"Atul.."
"Aku dekat cameron highland ni, aku tak sure sampai pukul berapa. Kalau sempat malam ni aku sampai kajang, kalau tak esok pagi lepas subuh ayah aku hantar balik kajang."

Lepastu, aku pon bagitau lah ayah aku, hahaha memang tak lah dia bagi aku balik kajang. Tidur sorang lak tu. Tapi aku pula malas nak susah kan dia hantar aku pepagi hari selasa balik kajang, sebab rushing dia nak g kerja lagi. Pastu dia kata," ayah lebih rela hilang beberapa minit lambat masuk kerja dari hilang anak perempuan ayah ni selama lamanya".

"ish... apa ayah ckp mcm tu pula. Tak baik ckp macam tu. Cakap lah yang baik baik je sbb kata kata tu kan doa" - aku.

"Keputusan ayah tetap sama. Awak balik puchong dulu. Esok pagi ayah hantar pergi ofis terus"- ayah

"baik boss.. menurut perintah" - aku.

So pagi tadi aku dengan ain sampai lain lain waktu. Tapi ain sampai lagi awal dari aku sebab di bertolak time subuh. Rumah ain dekat rawang, lagi jauh dari aku. Aku setengah jam je perjalanan dari puchong. Tu je lah cerita aku hahaha agak hambar bukan?

Harini pula mcm biasa aku dengan budak intern yang lain buat kerja yang dah ditetapkan. Cikmat pergi kursus harini. Dua orang lelaki lagi, cik faiz and abg hanis maybe pergi makan kot em entah lah. Tinggal lah kami berempat hahaha itu sahaja untu harini. Ada masa aku update balik ye.

Terima kasih kerana sudi membaca. bye!

No comments:

Post a Comment