Saturday, 2 December 2017

Bab 3: Perkara Baru

Assalamualaikum pembaca sekalian (kalau ada yang sudi baca) hahaha. Dah berapa hari aku tak update blog. So pagi ni ada masa sikit, sempat lah aku ber-blog.

Baru kelmarin iaitu 1 december 2017 bersamaan 12 Rabiul Awal 1439AH kita umat islam menyambut hari kelahiran junjungan besar nabi kita iaitu kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada hari jumaat. Subahanallah! cantikkan hari dan tarikh tu.

Hari jumaat tu sepatutnya cuti tapi kitorang kerja sebab nak ganti kerja separuh hari, hari sabtu. Maknanya cikmat bagi aku dan staff intern yang lain cuti hari sabtu kalau kitorang kerja hari jumaat. Tapi kalau nak cuti jumaat, hari sabtu kena datang kerja lah mcm biasa separuh hari. Bagus juga lah kan cikmat bagi pilihan yang mcm tu, boleh aku balik rumah minggu ni. Alhamdulillah sbb Allah pertemukan aku dengan seorang majikan yang mcm cikmat.

Kitorang pon kerja lah sampai pukul 3pm hari jumaat tu (setengah hari) ganti hari sabtu. Lepas balik kerja, aku dengan ain saja lah nak pergi jalan jalan dekat plaza metro kajang tu sbb ain nak makan mcd. Nak tahu kitorang naik apa?

Grab....

Ain dah biasa naik, aku pula baru pertama kali guna apps tu and gunakan perkhidmatan grab ni. Sedangkan teksi pon aku tak sure aku pernah naik ke tak. Tapi okay lah sebab ain kata, grab grab tu semua berdaftar so dorang takkan ambik kesempatan ke apa dekat penumpang penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka. But aku tetap tak berani kalau naik sorang. Aku lebih rela jalan kaki. Bukan apa, sifat buruk sangka dekat orang yang kita tak kenal ni kadang kadang menyelamatkan kita. Mana tahu dia ada niat tak baik, tak kiralah perkhidmatan grab dia tu berdaftar atau tak. Kalau dah nafsu menguasai diri, manusia akan jadi lupa dengan apa dosa yang mereka buat.

Kerja hasut menghasut ni memang kerja iblis laknatullah kepada anak cucu cicik adam ni iaitu kita. Kita manusia ni tak boleh nak salah kan kerja iblis, syaitan tu semua sebab dah menjadi tugas mereka untuk sesatkan kita. Tapi kita sendiri kena kukuhkan iman kita masing masing jangan bagi peluang pon untuk kita digoda dengan dosa dan disesatkan dari jalan untuk kita mendapatkan redha-Nya. Wallahu'alam...

Haaa sambung.. lepastu alhamdulillah dah sampai dekat plaza metro kajang, kitorang pon pergilah cari mcd untuk melunaskan fitrah kita sebagai manusia iaitu "MAKAN" hahaha! Aku dengan ain order 2pc ayam goreng mcd dan air coc. Kitorang pon jamah lah makanan tu dengan nikmatnya dan syukur dengan rezeki yang Dia bagi. Licin beb! hahahaha masing masing kebulur sangat. Mana tak kebulurnya, dari pagi tak makan.

Lepas dah habis makan tu kitorang decide tak nak balik dulu. Sebelum balik tu, aku dengan ain jalan jalan tengok buku, baju, masuk watson (tapi tak beli pon) hahaha saje je jalan jalan cuci mata dekat tempat orang. Kemudian dalam beberapa minit lepas tu masing masing dah bosan, kitorang pon lagi sekali gunakan perkhidmata apps grab tu. Alhamdulillah selamat juga sampai rumah sewa kitorang dengan tambang rm6. Ada ke patut ain suruh aku ngorat abang grab tu??! sebab ain kata nanti senang lah kita call dia kalau nak pergi mana mana. 

hahaha ain ain...

Dia taknak ngorat sebab bila tanya kenapa, dia cakap dia dah boyfriend so mana boleh. Amboi banyak cekadak dia, dia fikir aku ni perempuan apa??! 😂 
haih lah ain ain... nasib 5 bulan je aku kena hadap kau tau.

So lepas dah sampai rumah tu, kitorang plan nak kemas rumah sikit sebab hari sabtu nak balik tapi sebaliknya yang jadi. Kalau dah main phone pastu plug untuk charge phone kat sebelah telinga je, memang tak jalan lah semua kerja. Tapi beberapa hari ni memang susah nak jumpa cikmah (penyewa rumah) even duduk sebumbung. Mungkin sibuk sangat kot dekat restaurant anak dia tu.

Baru seminggu aku dekat kajang, tapi banyak perkara baru dah aku tahu. Hari hari lepas ni mungkin perkara yang lebih mencabar, siapa tahu kan? Tapi aku percaya, Allah takkan bebani kita dengan perkara yang kita tak mampu tanggung. Insha Allah, semoga lepasni aku lagi kuat untuk jalani hari hari baru. Sedar tak? kita selalu doa agar Allah beri kita kekuatan untuk terus kuat menjalani hari hari kita di dunia ni tapi bila Dia bagi ujian kita mengeluh. Walhalnya kita yang minta kekuatan? 

Ujian itu lah kekuatan sebenarnya. Dia hantarkan ujian untuk kita bukan untuk melemahkan kita malah untuk kita lagi kuat. Jangan cepat melatah kalau ada perkara baru yang Allah beri pada kita. 

Okay itu jelah, kalau panjang panjang pon takda orang yang nak baca juga hahaha! 

bye...

No comments:

Post a Comment