Thursday, 25 January 2018

Bab 15: Life

Bila usia kita makin menigkat dewasa, banyak betul halangan dan rintangan yang bakal kita hadap. Kalau diberi peluang dan ruang untuk aku undur kan semula masa tu ke belakang, haih indahnya lah dunia. Aku nak je jumpa diri aku masa umur 5 tahun ke 6 tahun ke 7 tahun ke, untuk aku bagitahu diri aku bahawasanya tersangat lah banyak liku liku kehidupan yang diri ni bakal tempuh. Tapi tu semua angan angan aku yang tak masuk akal.

Hidup ni macam dalam drama. Tapi sememangnya kita ni manusia adalah pelakon di pentas dunia. Allah dah sediakan pentas, jadi pandai pandai kita lah nak gunakan pentas panggung tu dengan cara yang macam mana.

Dalam masa aku praktikal ni, banyak juga lah perkara yang aku fikir and yang terjadi. Ada perkara yang aku share dgn ibu ayah tapi ada perkara tu yang aku terpaksa rahsia kan sebab taknak buat mereka risau. Perkara yang aku rahsia kan dari ibu ayah tu takda lah aku pendam sendiri, ada juga aku share dengan AHSH. But sometime tu menyakitkan hati juga lah share dengan diorang. Ada je benda yang nak dibahankan. Tapi dengan diorang jelah aku boleh luahkan segala benda yang aku rasa selepas dua susuk tubuh yang aku paling sayang dalam dunia ni iaitu ibu dan ayah.

Lagi dua bulan lebih untuk aku settle kan diploma ni. Pehtu aku sendiri tak tahu nak buat apa and apa nasib aku lepas ni. Hm semuanya aku serahkan pada Dia sang penentu takdir.

No comments:

Post a Comment