Wednesday, 31 January 2018

Bab 16: Jual Buku Di Bandar Kajang

Dalam hujan renyai renyai, aku dengan beberapa staff yang lain telah menyahut cabaran COO kami iaitu menjual buku di bandar kajang dengan bekalan 20 buah buku setiap seorang. Dari aktiviti tu, aku dapat rasa mcm mana orang yang menjual atau peminta peminta sedekah yang datang untuk menjual atau meminta sedikit sumbangan. Ya Allah kental nya hamba hamba Mu yang nasib sebegitu.

Mental kena kuat lah time menjual di bandar kajang tu sebab tak semua orang ada masa untuk dengar penjelasan kita atau untuk tahu apa produk yang kita jual. Di bandar kajang tu juga tak ramai orang. Kebanyakan orang warga asing. Memang mereka tak berminat lah dengan buku-buku kitorang jual.

Tapi alhamdulillah kami dapat jual beberapa buah buku. Kami pergi 5 orang dan seorang lagi COO kami. Jadi kami dikehendaki berpecah untuk mencari pelanggan masing masing. Abang hanis dan faiz bergerak sekali, Ain dan dayah bergerak sekali. Aku bergerak sendiri dan kami di pantau oleh irs, iaitu COO kami yang telah dipertanggungjawab kan untuk memantau pergerakan kami.

Semasa aku sedang berjalan sambil sepasang mata ni liar perhatikan gelagat manusia sekeliling, ada sebuah kereta proton wira warna kuning berhenti depan aku. Masa tu aku nak melintas jalan dan time tu juga jalan tu agak sesak. Aku perasan tiga orang lelaki dalam kereta proton wira kuning tu sedang tenung ke arah aku dan sambil mulut mereka terkumat kamit. Aku sendiri tak tahu apa yang mereka katakan sesama mereka. Aku pon tanpa membuang masa teruskan niat aku untuk melintas ke seberang tanpa mempersoalkan lagi tentang lelaki dalam kereta wira kuning tu.

Bila dapat jual satu buku, rasa agak semangat untuk terus menjual. Sebelum dapat jual satu buku tu, rasa dia macam nak balik ofis dah. Dah bosan, penat lagi dengan jalan and bawa buku buku tu tapi takda siapa pon nak beli. Pengalaman yang jarang jarang berlaku dalam hidup aku and alhamdulillah aku dapat laksanakan nya dengan sebaik mungkin.


No comments:

Post a Comment