Thursday, 1 February 2018

Bab 17: Sendirian di Ofis

Salam Jumaat semua..

Hari ni aku masuk ofis agak awal. Pukul 7 tak silap aku, aku masuk ofis sorang sorang je harini. Faiz dah takda dekat ofis masa aku sampai. Dia dah gerak dengan abg hanis g menjual dekat sekolah harini. Ain dan dayah pon ikut abg hanis n faiz menjual harini sbb dayah nak kan pengalaman menjual buku di sekolah. Memandangkan dayah belum pernah menjual buku di sekolah so dia turun padang lah dengan ain harini. Kebetulan sekolah dekat je, so dayah drive ke sekolah tu sendiri.

And now... aku seorang diri je dalam ofis ni. Buku yang nak di hantar ke terengganu aku dah pack siap siap pagi tadi sbb katanya nak hantar ke ktmd ptg ni. Aku bosan duduk ofis sorang sorang ni dengan takda kerja nya, aku tak tahu nak buat apa. Kalau buat apa apa kerja nnti takut memandai pula jadinya.

So aku layan nasyid raihan jelah. Rindu juga bila ingat balik kumpulan raihan ni. Sebab zaman kanak-kanak aku dulu, aku membesar dengan lagu lagu and doa doa dari kumpulan nasyid tu. Ingat lagi dulu kalau masuk kereta mesti ibu pasang cd raihan tu. Tapi tadi, aku scroll twitter nampak lah salah sorang ahli kumpulan nasyid tu, Nazrey raihan. Ya Allah beza sangat muka dia, hampir tak kenal. Sekarang dia stay sabah and buka madrasah dekat sana. Suara dia masih sama mcm dulu. Allahu nak menangis rasa dengar dia nyanyi balik lagu iman adalah mutiara tu.




No comments:

Post a Comment