Sunday, 4 February 2018

Bab 18: Lif

Assalamualaikum..

Pagi isnin yang hambar. Pagi pagi aku, ain dan dayah dah sangkut dalam lif. Ya Allah dugaan nya, lama pula tu hahaha nasib baik boleh buka tapi lif tu buka di tingkat G. Penyudah kami naik ofis guna tangga je hahaha apa lah nasib.

Sampai tingkat 1, pakcik yang mop lantai tu gelakkan kitorang je hahaha kelakar juga lah rasanya. Tapi apa yang menyeramkan, ain dengan dayah baru balik beli nasi lemak, tengok tengok lif out of service and lif tu terjatuh bawah tingkat G. Kiranya lif tu jatuh kebawah terus. pintu lif dekat tingkat G tu terbuka, boleh nampak lah lif tu jatuh ke bawah tanah tu. uish nasib baik Allah selamatkan gadis gadis mbc pagi tadi. Kalau tak, tak tahu lah apa nasib kami sbb bos takda seminggu (ada urusan di jepun), faiz, abang hanis dgn irs pergi menjual buku di sekolah.

Haih tak boleh bayang mcm mana kalau kitorang yang tersangkut dalam lif tu. Alhamdulillah tak jadi apa apa dekat kitorang mahupon orang orang lain yang satu bangunan and yang menggunakan lif ni. Tapi fikir gak nnti mcm mana nak angkat bawa turun buku buku ni. Guna tangga? serius ah? hahaha ya Allah Kau permudahkan lah segala urusan kami.

Takda apa sangat pon yang nak diceritakan harini. Mungkin esok dah tak sunyi kot sbb esok cikmad dah masuk kerja. Urusan nya di jepun dah settle. Flight dia pukul 12 malam ni and esok terus dia nak gerak g sekolah untuk sesi menjual buku. Hopefully semua nya berjalan dengan lancar, insha Allah. Aamiin...

No comments:

Post a Comment