Thursday, 8 March 2018

Bab 19 : Jumaat

Assalamualaikum..

Sekejap je rasa dah bulan 3. Pejam celik pejam celik dah tinggal berapa hari je lagi "masa" untuk aku habiskan praktikal dekat syarikat buku ni. Banyak pengalaman baru yang aku dah jalani semasa praktikal aku dekat sini. Jumpa kawan kawan baru. Ya Allah aku tak pernah terfikir yang hidup aku akan jumpa dengan orang orang yang jumpa sekarang. Banyak benda baru yang mereka ajar pada aku.

Terima kasih rabb, kerana Kau mempertemukan aku dengan hamba hamba Mu yang baik dan sudi terima aku dalam hidup mereka. Bila dah habis waktu intern ni, sumpah aku akan rindukan kenangan kenangan kebersamaan kita. Haih....
Sentiasa ingat yang satu ni "kau kena sentiasa bersedia dengan sebuah pertemuan. kerana setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan" hahaha dah kenapa atul?!... hari jumaat yang penuh barakah ni kau nak syahdu syahdu lak? *tepuk dahi* hahaha

Harini takda sekolah untuk kami pergi menjual, so duduk ofis lah jumpa dayah cikibum. Rindu dayah! selalu tinggal dia dekat ofis sorang sorang sebab aku dengan ain pergi menjual buku dan buat beberapa program dekat sekolah sekolah yang menjemput mbc untuk hadir ke sekolah mereka bagi pelancaran nilam. Hmm kalau nak cerita pasal kerja di luar kawasan ofis ni, memang banyak sangat cerita cerita menarik hahaha tapi banyak yang jadi spontan and aku dah lupa. Next time, kalau aku ingat insha Allah aku cerita.

Start dari kerja luar ni lah, aku makin kenal dengan orang baru and makin rapat dengan dorang. Banyak benda aku belajar dari dorang. Sikap dorang yang tak mudah putus asa untuk cari duit tu. Persahabatan dorang. em macam macam lah. So.. itu je kot aku nak share harini. Insha Allah ada masa nnti aku update blog lagi. Bye!

love atul

No comments:

Post a Comment