Sunday, 11 March 2018

Bab 20: Lepas ni apa?

Assalamualaikum..

Hari isnin yang lesu hm nasib lah demam semalam tak sampai ke harini kalau tak memang aku tak pergi kerja. Tapi memang ramai orang, bila hari isnin je rasa tak bermaya hahaha org kata monday blues 😄

What is the meaning of "Monday Blues"?
- The low-spirited, cool, annoyed, sad, unlucky mood of those workers, students, or employees who feel that a mundane, difficult, unexpected Weekday is arriving to force them into going back to work, killing their joys and annoying them.

Haaa hadam maksud tu baik baik ye. Maksud tu aku tanya mr.google hahahaha

Lagi sebulan habis lah praktikal aku ni. Pagi tadi ada lah cakap cakap sikit dengan officemate aku ni, lepas habis praktikal nak buat apa. Aku ada discuss dengan parents pasal ni, memandangkan aku anak sulung and dah sampai masanya untuk aku start berbakti untuk family sebelum terlambat. Aku act berbelah bahagi, nak kerja terus atau sambung study (degree). Tapi atas nasihat dan buah fikiran lecturer and kawan kawan, better aku terus kerja and buat degree lepas dah 2 atau 3 tahun pengalaman bekerja. Then buat part time belajar (degree).

Bukan apa, tujuan nya bila aku terus bekerja, aku boleh jimat masa. Aku nak merasa bagi duit dekat ibu ayah. Bagi duit belanja dekat adik adik. If aku sambung study terus lepas habis degree ni, belum tentu sempat ibu dengan ayah merasa duit dari aku. Sebab apa aku ckp tak sempat? sebab lecturer aku ckp, "tak mustahil time kau tengah study, time tu orang datang masuk minang. Tak kan cantik-cantik, comel-cemol mcm ni takda yang nak. Haaa dah tu bila kau nak merasa ada duit sendiri and bila nak berjasa pada parents korang?" haaa tu apa yang lecturer aku ckp lah. Bila fikir balik, ada betulnya juga kan. Dengan ekonomi malaysia sekarang yang hm nntah lah aku tak tahu nak ckp sbb aku bukan nya pakar ekonomi 😅 Lagipon aku anak sulung and aku tak patut jadi selfish. Maksud selfish aku dekat sini is, aku belajar dah tentu tentu parents aku support lagi sedang kan adik adik aku yang lain pon nak study juga so better aku bagi dorang peluang untuk sambung study pula. 

Lecturer aku ada pesan, kalau kau nak sambung study lepas ni, cuba seeloknya jangan bebankan mak ayah korang dah. Even though mak ayah korang kaya sekalipun. 

So now aku nekad untuk cari kerja yang terus menjamin masa depan aku. Pasal sambung study tu, aku akan usahakan selepas aku dah ada kerja yang stabil and pengalaman. Insha Allah, aku yakin yang Allah itu akan bantu hambaNya yang berniat baik. Rezeki Dia tu luas, rezeki kita semua ni dah tertulis di lauh mahfudz.

So lepas dah habis praktikal ni memang aku kena gagahkan diri untuk buat lesen and cari kerja. Ayah lah orang yang paling paling paling paling nak sangat tengok aku genggam ijazah tapi bila aku dah ckp mcm ni and bagitau keputusan aku lepas habis praktikal ni. Dia akur and sokong apa je pilihan aku. Alhamdulillah..

So harap harap apa yang aku membebel pepanjang ni, dapat bagi sedikit idea pada sesiapa yang tengah buntu and takda siapa nak bagi advise tentang permulaan masa depan korang. But you have to remember, tak semua orang nasib dia sama. Percaya pada kebolehan diri juga. If you think you can do, go on! jangan ikut orang.

Mulakan dengan niat and redha mak ayah itu penting.
 

No comments:

Post a Comment