Saturday, 14 April 2018

Bab 21 : selamat tinggal kenangan

5:19 am

Tamat sudah cerita aku sebagai student praktikal di tomodachi. Allahu rasa sayang nak tinggal kan kenangan-kenangan di sini. Walau mcm mana sekalipun, hidup perlu diteruskan. Lumrah kehidupan kita ni, ada manusia yg dtg dan ada manusia yg pergi. Harap-harap hubungan tu tak terhenti di situ. Semoga ukhwah ini terjalin sampai bila-bila even jarak antara kita tu jauh.

Lagi beberapa jam, aku dgn housemate akan berpisah and teruskan dgn haluan hidup masing-masing. Even kita punya haluan hidup masing-masing, aku harap kita still kawan and ingat antara satu sama lain. Walau jarak memisahkan, namun doa-doa kita itu saling mendekatkan. insha Allah..

Aku banyak belajar dari pengalaman. Makin ramai org baru yg hadir dalam hidup kita, makin banyak yg kita belajar.  Percaturan Allah itu yg indah-indah belaka. Jangan mempersoalkan kerja Dia.

Lepas ni, aku bakal melangkah ke dunia yg aku rasa makin banyak cabaran. Allah! getar hati ni bila duk teringatkan hal tu. Mampu ke aku? Kuat ke aku? Wallahu a'lam. Aku sendiri tak tahu sampai mana je aku mampu. Insha Allah, aku tak kan kecewakan insan insan yg selama ni sentiasa support aku, ma surga (ibu ayah).

hanya itu kot luah hati aku pagi ni. Moga-moga seketul atul ini diberi kelapangan masa utk meluahkan ayat-ayat jiwa di blog ni. insha Allah..

Salam sayang utk semua 🍁💕

No comments:

Post a Comment